Bersih Setia ‘Back Up’ PH Walau ‘Gajah Sudah Depan Mata’ – Najib

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ‘memuji’ badan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam hantaran di Facebook miliknya, Najib turut sinis mengucapkan syabas kepada Bersih kerana walaupun pelbagai kesalahan dilalukan oleh PH ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, mereka tetap mempertahankan PH.

“Ini memang power. Salah satu geng ‘Ini semua salah BN’.


“Tapi saya ‘respek’, mereka setia dalam perjuangan. ‘Backup’ walau apapun berlaku.

“Gajah sudah depan mata! Syabas Bersih!,” sindir Najib ketika mengulas mengenai kenyataan Bersih yang mengatakan BN banyak melakukan kesalahan ketika kempen PRK Cameron Highlands, sebagaimana yang dilaporkan dalam sebuah portal.

Tambah Najib lagi dalam entri terbaharu di Facebooknya itu, Bersih turut menuduh BN dan PAS telah melakukan kesalahan paling serius dalam PRK Cameron Highlands.

“Bersih mendakwa BN dan PAS telah mempermainkan isu agama dan bangsa kerana menimbulkan kes kematian ahli Bomba Muhammad Adib.

“Bertahun-tahun lamanya PH gunakan kes-kes kematian Teoh Beng Hock dan Altantuya sebagai modal ceramah dan kempen mereka tetapi saya tidak pernah dengar Bersih mengadu tentang ini, walau sekalipun.

“Pelik sungguh, Bersih ini,” tegas Najib lagi.

Sepanjang kempen PRK tersebut, PH melakukan pelbagai cara terdesak untuk memenangi kawasan Cameron Highlands, antaranya seperti pemberian ‘duit minyak’ kepada sukarelawan, mengugut dibatalkan elaun tok batin serta tiada projek pembangunan sekiranya tidak mengundi PH, hinggalah kepada menyalahguna kenderaan hak milik kerajaan negeri untuk berkempen.

Antara lain adalah tindakan calon kitar semula PH dari Dap, Manogaran yang membuat kenyataan provokasi orang Melayu tidak akan membeli kuih dari masyarakat Orang Asli dan memasuki pusat pengundian dengan baju berlogo PH ketika hari mengundi.

Tetapi, semua kesalahan tersebut disambut pasif baik daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahupun Bersih sendiri.

PRK Cameron Highlands dimenangi oleh calon BN, Ramli Mohd Nor, 61, seorang anak tempatan dari suku Semai dan merupakan bekas Penolong Pesuruhjaya Polis dengan majoriti lebih besar, 3238 undi berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, 597 undi. – Media UMNO

No comments