Bossku Di Kampung Kenangan Puchong

KAMPUNG KENANGAN PUCHONG,  Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Dato Armand Azha Hj Hanifah Ketua UMNO Bahagian Subang,  Datin Hjh. Sharifah Nolli Ketua Wanita, Dato Abu Hassan Ashaari, T.Ketua Bahagian, Razman Rahim Ketua Penerangan, AJK Bahagian, Pemuda Dan Puteri UMNO Bahagian Subang. Turut bersama menziarahi keluarga pemandu lori, Mohamad Suhaimi Khamis, 38 yang maut dalam insiden kemalangan tiga lori, Sabtu lalu.
Dato Armand dan Dato Seri Najib Razak tiba di rumah ibu saudara, Khatijah Abdul Kasim, 36 (isteri allahyarham) di Kampung Kenangan di sini kira-kira jam 4.00petang dan meluangkan masa hampir satu jam.
Beliau juga sempat menunaikan solat Asar berjemaah di rumah keluarga Allahyarham  dan menikmati minum petang bersama sebelum berangkat ke Semenyih.
Dato Armand ketika ditemui menzahirkan rasa dukacita dan menjadi Tanggungjawab nya sebagai Ketua Bahagian untuk menziarahi keluarga dibawah Bahagian  Subang. Dato Armand bagi pihak UMNO Bahagian Subang  mengucapkan takziah atas kehilangan insan tersayang yang menjadi ketua keluarga menyara nafkah.
kedatangan rombongan Itu untuk memberi sokongan dan berharap sedikit sebanyak dapat memberikan ketenangan bahawa UMNO  tidak  akan mengabaikan keluarga  Allahyarham yang merupakan ahli UMNO di bawah Bahagian Subang, UMNO Bahagian pasti menghulurkan bantuan kepada keluarga arwah.
Dato Seri Najib juga menyentuh beberapa perkara yang akan dibantu untuk meringankan beban keluarga terutamanya berkenaan hal tuntutan insurans dan Perkeso yang boleh dipermudahkan dengan bantuan dan berharap pemantauan  Dari UMNO Bahagian Subang bagi keluarga  arwah.  Dato Armand juga menjamin bantuan keperluan persekolahan anak-anak arwah.
Selepas mengiringi Dato Seri Najib , Dato Armand  dan rombongan UMNO  Bahagian  Subang juga menziarahi keluarga Puan Jasiah Ketua Penerangan  Wanita UMNO  Bahagian  Subang yang baru sahaja kehilangan Bonda tercinta Hjh Halimah bt Abu Bakar, yang meninggal diusia 81 tahun,  dirumahnya diPuchong. Allahyarhamah selamat dikebumikan Di Tanah Perkuburan bt14 Puchong.

Oleh Harry Mazlan
Foto Sekretariat  Media dan Digital





Pemuda UMNO  Bahagian  Subang

No comments