Konvoi Bossku ke Semenyih di sabotaj

Sabtu 23 Februari lalu di Tesco Puteri , Bandar Putera Mahkota, Bangi. Ramai rakyat tempatan  keluar berpusu pusu berkumpul dan memenuhi Tesco Puteri apabila mendapat berita konvoi motorsikal Malu Aperr Bossku yang membawa Dato Seri Najib Razak akan singgah di sana.

Konvoi yang disertai 235 orang bermotorsikal 'kapcai' yang diketuai oleh Dato Armand Azha Ketua UMNO Bahagian Subang mengiringi Dato Seri Najib Razak bermula dari Hulu Kelang ke Semenyih Selatan bagi program Kempen PRK Semenyih Selatan menziarahi  PDM dibawah tanggungjawab Bahagian Subang dan diantara PDM angkat Negeri Melaka.

Dato Armand Azha Hj. Hanifah Ketua UMNO Bahagian Subang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Pusat ketika ditemui Di Tesco Puteri menyatakan kekecewaannya terhadap setengah pihak yang iri hati dengan populariti Bossku dan sengaja mencipta hebahan palsu untuk mengelirukan orang awam.

"Bayangkan, Berapa terdesaknya mereka sehingga sanggup mencipta flyers palsu mengelirukan penduduk Semenyih yang ingin bertemu, bermesra dengan Dato Seri Najib Razak. Perjalanan kami yang dijadualkan ke Tesco Puteri Bandar Putera Mahkota tetapi diiklankan dan disebarkan melalui whatsapp menukarkan destinasi kami ke Tesco Semenyih jam 3petang hingga 5petang untuk rakyat tempatan Santai bermesra bersama Dato Seri Najib Razak ." katanya lagi.  

Beberapa artis tempatan juga ditemui berlegar di Tesco Puteri menunggu dari  pukul 330 petang untuk menyambut konvoi Malu Aperr Bossku yang menjadi fenomena Hari Ini dengan penyertaan anak anak muda bermotor kapchai yang semakin bertambah. 

"Bagi orang awam yang awal awal menunggu  Di Tesco Semenyih walaupun ditipu, Mereka tetap Bergerak  ke Tesco Puteri  untuk bertemu dengan Bossku. ulas Dato 'Armand lagi

Kelihatan juga Dato Mutalif  KB PJS,Dato Lokman Nor Adam Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang turut bersama Pemuda Subang memberikan secara







percuma beratus pelekat istimewa Malu apa BOSSKU  kepada orang ramai yang memenuhi rumah legar Tesco Puteri mengerumuni Dato Seri Najib Razak yang tidak putus putus mendengar laungan  "Bosskita..malu apa bossku! " Sepanjang lawatan Dato Seri Najib disana.  Konvoi anjuran UMNO Subang ini adalah antara rancangan kempen  Pilihanraya Kecil Semenyih oleh UMNO  Bahagian  Subang.

Pada sebelah malamnya Dato Seri Najib berceramah Dan beramah mesra bersama penduduk Di Kampung Minang Bt3 Semenyih Selatan.


No comments