Musuh kepada musuh saya adalah sahabat saya.

#kakiterjah
Semenyih  Selatan, Batu 3
Oleh Harry Mazlan


'Musuh kepada musuh saya adalah sahabat saya' kata Ketua Pemuda UMNO  Bahagian  Subang  Alfie Zainal yang ditemui Di Mesyuarat pertama kerjasama Pemuda UMNO  dan Pemuda PAS Di PDM Batu 3 Semenyih Selatan semalam.

Pepatah kuno yang  berulang  digunakan. Pertama kali ditulis didalam bahasa  Sanskrit oleh Chanakya atau Kautilya seorang guru, ahli falsafah, dan penasihat Diraja Kerjaaan Chandragupta Maurya, India pada abad ke-4 SM.

Kejayaan bantahan  Himpunan812 yang diadakan di Dataran Merdeka, Disember lalu bermula usaha sama Pemuda PAS dan Pemuda UMNO seluruh negara. Gabungan  ini merupakan titik permulaannya bahawa orang Melayu di negara ini boleh mengenepikan segala perbezaan dan menjalin kerjasama sepakat.

Perbezaan ideologi politik dan parti bukan halangan untuk ahli-ahli UMNO dan Pas bersatu menentang mana-mana pihak yang cuba menganggu gugat kepentingan dan hak orang Melayu serta bumiputera.

Ketua Pemuda UMNO Subang, Alfie Zainal menyifatkan perjumpaan  itu jelas memaparkan harapan tinggi majoriti orang Melayu dan Islam di negara ini terhadap Pas dan UMNO supaya kembali bersatu membentuk gabungan mantap dalam mempertahankan agama, bangsa serta tanah air.

"Pertama Kali kita bergabung adalah ketika pembentukan Barisan Nasional (BN) pada 10 Julai 1974. Kerjasama UMNO dan Pas hari secara hakikatnya mampu mengukuhkan lagi kedudukan blok pembangkang bagi menghadapi  pilihan raya kecil Semenyih menentang Pakatan Harapan pada 2 Mac nanti"Ulasnya lagi semalam, didalam  Siri Kempen Pilihanraya  Kecil Semenyih 2019.

Mesyuarat  tersebut  turut disertai oleh Bapa angkat MT Dato Seri Raden Bung  Mokhtar, Dato Seri Mohd  Ali Timb.Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, SU Melaka YB Dato Shamsudin,  SUK Melaka Dato Sazali,  Dato Jeffery SUN Sabah,  Ketua Cawangan PAS Batu 3. Tuan Haji Azman, Ketua Pemuda PAS Cawangan Bt3, Ketua Wanita UMNO Bahagian Subang dan Ketua Muslimah PAS. Hulu Langat.

No comments