Pemuda UMNO Subang menarik pengundi muda dengan penganjuran tayangan langsung perlawanan bola big screen di PDM bt 3, Semenyih Selatan.

Pemuda UMNO Subang, Pemuda UMNO  Selangor dan Pemuda PAS Hulu Langat berjaya menganjurkan tayangan Big Screen perlawanan live Liverpool dan Manchester United di PDM Bt. 3 Semenyih Selatan bersama Dato' Seri Mohamed  Nazri Aziz. Calon PRK Semenyih Zakaria Hanafi turut singgah bertemu pemuda dan pengundi di PDM Bt. 3. Terima Kasih Pemuda UMNO, Pemuda PAS Batu 3, Semenyih dan penduduk setempat yang hadir ke program tersebut. Tayangan perlawan live anjuran Pemuda UMNO  Subang tersebut berjaya menarik pengundi muda keluar berkumpul di PDM Bt. 3. Ini adalah antara program yang dirangka oleh Pemuda UMNO Subang didalam tempoh Kempen Pilihanraya Kecil Semenyih. PSU Pemuda UMNO Selangor dan Ketua Pemuda PAS Semenyih turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut. Perlawanan berakhir dengan keputusan Seri 0-0. KP Alfie Zainal, KB Dato Armand, Ketua Penerangan Bahagian Subang bersama Pemuda Subang bersembang
bersembang santai bersama Dato' Seri Mohamed  Nazri Aziz sehingga Tamat program.



No comments