PH perkenal 90 cukai baru di Selangor, punca pelabur lari

PH PERKENAL 90 CUKAI PERNIAGAAN BARU DI SELANGOR ANTARA PUNCA PELABUR LARI DAN EKONOMI SELANGOR MERUDUM

SIRI MASALAH RAKYAT SELANGOR YANG TIDAK DIPEDULIKAN KERAJAAN:

1. RUMAH MAHAL
2. MASALAH AIR YANG TAK SUDAH
3. KOS SARA HIDUP DAN CUKAI KERAJAAN NEGERI YANG TINGGI
4. EKONOMI MERUDUM DAN CAJ MENJALANKAN PERNIAGAAN YANG TINGGI

Di bawah kerajaan BN dahulu, tahap pelaburan di Selangor adalah tertinggi di Malaysia.

Di bawah kerajaan Pakatan, pertumbuhan ekonomi dan perniagaan di negeri Selangor semakin merudum.

Kini di bawah kerajaan Pakatan, tahap pelaburan di Selangor telah jatuh ke tangga ke-empat di bawah Johor dan Sarawak.

Bekas Menteri Besar Selangor dan Menteri Ekonomi Persekutuan kini, Dato’ Seri Azmin Ali semasa membentangkan Bajet 2018 negeri Selangor telah menyalahkan keadaan ekonomi yang perlahan di Selangor ke atas penurunan jangkaan perolehan cukai tanah dan kutipan caj perniagaan.

Apa yang beliau tidak faham ialah dasar beliau dan kerajaan Pakatan yang meningkatkan cukai tanah dan caj ke atas perniagaan lah yang sebenarnya menjadi punca menyebabkan ekonomi lembab, bukan sebaliknya.

Sejak mengambil alih kerajaan negeri pada 2008, kerajaan Pakatan di Selangor telah menaikkan yuran bagi 90 jenis lesen perniagaan di Selangor.

Malah, yuran lesen baharu perniagaan di Selangor telah meningkat sehingga 300 peratus.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menaikkan yuran lesen perniagaan sehingga 72 peratus manakala Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sehingga 120 peratus.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), turut sama menaikkan yuran berkenaan baru-baru ini.

Sebagai contoh, lesen baharu kedai menjual kereta terpakai di bawah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dinaikkan sehingga 282 peratus, daripada RM390 ketika pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada RM1,490 selepas Pakatan mengambil alih.

Kerajaan tempatan di bawah Pakatan turut mengenakan yuran ke atas 32 jenis premis perniagaan yang sebelum ini dikecualikan di bawah BN.

Mereka juga meningkatkan kadar taksiran ke atas rumah orang tua, kediaman bagi orang kurang upaya dan pusat jagaan kanak-kanak.

Peniaga kecil dan runcit juga terkesan dengan kenaikan kos pematuhan selepas kerajaan tempatan di Selangor menaikkan yuran perniagaan.

Yuran tapak meniaga di pasar malam juga telah dinaikkan berlipat kali ganda.

Di Pulau Pinang juga perkara yang sama berlaku.

Di Pulau Pinang, yuran sumbangan bagi sesuatu tapak niaga dinaikkan daripada kira-kira RM3,000 setiap satu tapak sebelum 2008 kepada kira-kira RM35,000 hingga RM58,000 ketika ini.

Apabila seorang peniaga membayar kos sewaan tinggi untuk premis perniagaannya, beliau akan pindahkan kos itu kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatannya.

Inilah sebabnya harga air mineral lebih rendah jika dibeli di tepi jalan berbanding kedai runcit atau pasar raya.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri memang wujud perbezaan harga antara negeri.

Contohnya, pada tahun lepas harga purata satu kilogram bawang adalah RM4.70 di Selangor, manakala di negeri lain termasuk Kuala Lumpur ia dijual pada harga purata RM4.15 sekilogram.

Selangor pada hari ini menghadapi banyak masalah.

Ia mencatat gangguan bekalan air tertinggi di Malaysia, kes kematian akibat penyakit berjangkit seperti denggi tertinggi di Malaysia, kos sara hidup antara yang tertinggi di Malaysia, dan cukai negeri yang tertinggi di Malaysia.

Kini, menambah kepada senarai di atas, kos menjalankan perniagaan antara yang tertinggi di Malaysia.

Apabila kos menjalankan perniagaan tinggi, banyak perniagaan bungkus terutama perniagaan kecil dan sederhana.

Pelabur-pelabur juga lari dan peluang-peluang pekerjaan hilang.

Akibatnya ekonomi negeri merudum seperti sekarang.

Semua ini adalah masalah yang serius dan perlu diatasi segera. 


Video klik di SINI

ISHAM JALIL

Presiden SUKARELAWAN MALAYSIA

9 Februari 2019

No comments