#PRKSemenyih : Pekan Rabu Baranang Meriah Dengan Laungan Bossku


Laungan "Apa Malu Bossku" makin popular dan sinonim dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Perkara tersebut mengundang kegelisahan dikalangan pemimpin PH.

Hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak mengunjungi Pekan Rabu Baranang. Beliau berkata,

"Semasa saya di Pekan Rabu Beranang tadi, ada yang tanya saya jika pakai T-shirt BossKu boleh masuk ke pusat undi pada hari mengundi atau tidak.

Saya tidak pasti kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kini selalu berubah-ubah.

Oleh itu, saya harap SPR boleh memberi jawapan terlebih dahulu.

Jangan nanti ada yang dilarang masuk pada hari itu."

Beliau juga sempat mengusik Azmin Ali dengan berkata

"Azmin Ali macam suka sangat saya pergi Semenyih.

Hari-hari dia sebut nama saya.

Ok saya datang Pekan Rabu Beranang.

Saya mahu Azmin Ali happy.

Harap dia tonton FB Live ini."

Pekan Rabu Baranang sememangnya meriah dengan kehadiran Datuk Seri Najib. Datuk Arman Azha Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ketua Bahagian Subang turut hadir sambil berceramah di pekan tersebut.




Penduduk dikatakan menunggu ketibaan Najib seawal pukul 7.30 pagi lagi.
Pekan Beranang yang selalunya tenang dan damai, tiba-tiba bertukar sesak dengan kehadiran orang ramai dan kenderaan yang bertali arus.
Bukan itu sahaja, ramai yang menjerit Bossku! Bossku! Bossku! dari jauh.
Ahli Parlimen Pekan itu dikatakan singgah di pekan Beranang untuk bersarapan pagi dan melawat Pekan Rabu Beranang.
Orang ramai turut mengambil peluang berswafoto, malah ada yang mengambil peluang mendakap dan mencium pipi bekas pemimpin negara berkenaan. 
Apa malu bossku !!!

No comments