Surat terbuka dari penyokong kuat PH untuk Pengundi Semenyih.


Boleh saya cadangkan agar anda tidak mengundi Pakatan Harapan. 

Sayalah antara jentera sayap PKR yang paling lantang memperjuangkan ketidak adilan Kerajaan BN dari zaman Tun Mahathir. Sayalah pemuda  di zaman Reformasi sehingga ke zaman perubahan Perdana Menteri selain Tun Mahathir sehingga kembali kepada Tun Mahathir  semula. Terlibat didalam perancangan  INI KALILAH!  BERSIH! Sehinggalah  Kemenangan Pakatan Harapan di PRU14. Tapi Hari Ini saya rasa dikhianati.

Sebangsat bangsat BN hak orang melayu dijaga. Hak agama dipelihara dan Raja Raja melayu dihormati. Hak Tuan Tanah sentiasa terpelihara.  Tetapi Hari Ini Hak bangsa melayu diketepikan,  Agama dianggap mudah Dan kedaulatan dihina tanpa pembelaan langsung. Mana suara semua pemimpin PH yang lantang dahulu?  Mana suara wakil wakil saya yang hari Ini semua sudahpun menjadi Menteri. Sudah mampu membuat perubahan. Kuasa sudah rakyat berikan ditangan.

Terkenang Kembali apabila kami menang PRU14. Saya dan rakan rakan berarak diKuala Lumpur dengan Bendera PKR dijalanan meraikan kemenangan. Saya lega kerana banyak perubahan yang dicanangkan oleh para pemimpin PH dan perjuangan saya selama adalah perjuangan yang betul, Inilah kebangkitan rakyat. Hari Ini PH berjaya menjadi kerajaan dan akan tunjukan bagaimana sebuah Kerajaan pilihan rakyat yang berfungsi dengan telus dan berintegriti tidak seperti kerajaan dahulu penuh dengan korupsi.

Hari Ini timbul pula isu Sijil palsu, tambah lagi bola tanggung,  Jika sebelum ini rakan rakan orang kuat BN selalu mengusik saya berkaitan Janji manifesto Pakatan Harapan. Saya hanya mampu tersenyum, kelat. Hari Ini nak bertembung pun saya Lari.  Sudah beratusan hari  memerintah akhirnya dengan mudah menyatakan Manifeso bukan Janji yang wajib ditunaikan. Kejayaan Kerajaan hari ini ialah  mendapatkan projek untuk kroni. Memusingkan program minda dari melayu mampu berjaya ke Melayu Itu malas berkerja. Jurang keharmonian masyarakat  berbilang bangsa semakin membesar.  Kejayaan, menukar lembaga pengarah Khazanah bagi mengesan semua aset dan duit Kerajaan. Menjual aset aset kerajaan. Penukaran pengarah di agensi kerajaan yang mempunyai aset dan dana orang melayu seperti Mara,  Tabung Haji, Felda,  Felcra, GST Refund dan lain lain.  Apa semua Ini?  Saya tidak pun memperjuangkan semua iniI!!.

Lebih sedih Bila Agama Islam, Bangsa dan kedaulatan diperkotak katikkan tanpa pembelaan sehingga rakyat sendiri berkumpul merealisasikan bantahan ICERD. Saya sendiri  hadir ke Dataran menyaksikan dan malu dengan  penentangan 1.5juta rakyat secara Aman.  Penindasan dan ketidakselesaan orang Islam mula dilihat disana sini. Tanpa ada pembelaan langsung dari Menteri Melayu Islam PH. Memalukan. Jangan dibuka kisah Muhammad Adib. Lebih menyedihkan.

Jadi tidak guna kita pangkah PH kerana kemenangan Itu hanya untuk menambah Boneka dan menguatkan kuasa DAP yang hanya akan terus memecah belahkan dan melemahkan orang Melayu diTanah
Melayu milik Orang melayu ini. Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa dia hanya mengikut telunjuk DAP.  Yang nyata kami mohon agar saudara semua di Semenyih tidak mengundi PH selagi  Agama, Bangsa dan Tanahair rasa diancam.  Saya secara peribadi selagi tidak ditutup Tol dan minyak jatuh RM1.50 seliter, jangan mimpi sokongan dari saya lagi. Cukup cukuplah dengan alasan pita rosak memburukkan pemimpin dahulu dengan fitnah dan fakta palsu. Rakyat sudah mula sedar dan mual. Kami hari ini telah pun 'walk the talk'  kami tukar kerajaan. Jadi bersedialah.

Sekian,  Terima Kasih.  

Sayap Patah Harapan 

No comments