Faktor kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan

“Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan dipertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin.” - Riwayat Bukhari

Faktor demografi pengundi yang mana 68.85% daripada 54,503 pengundi di Semenyih adalah terdiri daripada orang Melayu adalah punca utama kepada keputusan PRK Semenyih. Kemenangan BN mengesahkan kajian-kajian bebas badan-badan pengkaji yang membuat andaian  penolakan orang Melayu terhadap kerajaan PH.

Pemimpin PH dipertanggungjawab terhadap mereka yang berada bawah kepimpinannya. Oleh kerana dibayangi kedudukan dunia itu, ramai yang dilihat seakan-akan tidak mengendahkan bahawa kepimpinan adalah tuntutan utama dalam ajaran Islam yang perlu diberikan perhatian . Mereka hanya dilihat menjaga Kerusi tetapi tidak membela rakyat.  Mereka berdiam diri dalam pelbagai isu yang sepatutnya ditentang ataupun setidak tidaknya dibahaskan.

Hakikatnya, kepimpinan adalah isu yang besar dan serius hari ini, kerana kepimpinan yang baik bakal membawa kemakmuran serta keamanan kepada negara, manakala kepimpinan yang buruk dan zalim bakal memporak-perandakan negara. Kepimpinan perlu ditunaikan dengan penuh tanggungjawab, adil dan amanah kepada setiap golongan yang dipimpin.

Pemimpin perlu mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk mentadbir dari sudut fizikal dan kesihatan, kemampuan berfikir serta menyelesaikan permasalahan, mempunyai daya kreativiti tinggi, mempunyai kebijaksanaan dan kemampuan melaksanakan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. Pemimpin perlu Amanah, pemimpin adalah seorang yang boleh dipercayai, tidak mengambil kesempatan dengan kedudukan diperoleh untuk kepentingan peribadi serta menjalankan tanggungjawab diamanahkan dengan sebaik mungkin, jujur dan tidak memungkiri janji.

Sebagai kesimpulannya, Kerajaan PH harus mengambil serius keputusan PRK Semenyih dan mengambil langkah  secepat mungkin untuk mengelakkan perkembangan kekecewaan Orang Melayu dan jurang keharmonian diantara kaum bukan Melayu  yang  tidak sihat untuk masa depan Malaysia. Kalau di CH, Orang Asli pun sudah pandai menolak PH. Hari ini di Semenyih, Orang Pekan pun dah mula menolak pentadbiran Pimpinan PH. 
Bersedialah untuk PRK Rantau kerana dengan penyatuan PAS Dan UMNO undi orang Melayu semakin meningkat dan penyatuan Ini merupakan perkara yang paling ditakuti oleh DAP yang telah berhempas pulas memecahkan undi orang melayu sebelum ini.

Harry  Mazlan. Subang 

No comments