Kerajaan Pakatan Harapan perlu fahami dahulu perbezaan rumah Transit dan PPRT.


Kepada puak2 Harapan Palsu yang sibuk pertahankan kekejaman Kerajaan atas isu PPRT  kena fahami dulu perbezaan rumah Transit dan PPRT.

"PPRT ada 2 cara, sewa atau sewa beli. Masalah disini, dizaman BN jika ada tunggakkan Kerajaan BN akan berikan potongan dan mengkaji semula cara pembayaran agar tidak membebankan penduduk." menurut  Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah Ketua UMNO Bahagian Subang MT UMNO Malaysia, ketika ditemui di Pejabat UMNO Bahagian Subang tengahari  tadi.

"Selalu zaman BN pemimpin UMNO akan bantu selesaikan isu rakyat ini dengan pelbagai cara termasuk keluarkan duit poket sendiri utk bantu." ulas beliau lagi.

Rumah Transit adalah untuk pasangan yang baru berkahwin. Mereka boleh tinggal untuk 3-5tahun tapi Mereka juga boleh membuat rayuan utk mendapatkan status sewa beli rumah PPRT.

"Oleh kerana itu sejak Dari zaman Kerjaaan  BN terdapat banyak PPRT dimajukan bagi rakyat dibawah golongan pendapatan B40 dan pelbagai lagi projek untuk rumah pertama seperti PRIMA manakala untuk penjawat awam rumah PPA1M diusahakan bagi meringankan bebanan rakyat untuk memiliki rumah pertama" jelasnya lagi.

Kebanyakkan penyewa gagal membeli PPRT keran kadar gaji masih dlm ruang B40 , bila kadar gaji tidak mengizinkan utk buat pinjaman bank dan selalunya tak lulus kerana mereka dlm golongan B40. Inilah isu pokok dan utama berkaitan  pemilikan rumah bagi golongan B40. Golongan  yang dipantau Kerajaan dan sering mendapatkan bantuan kerana memiliki pendapatan isu rumah dibawah RM3000.

Dato Armand mengulas lagi dan menyatakan dengan tegas.

" Berhubung  kait dengan penindasan yang berlaku dan tindakan untuk menghalau penduduk tersebut, Kerajaan terlebih dahulu perlu mencari jalan penyelesaian yang melapangkan kerumitan bagi kedua pihak, bukannya diperlakukan seperti apa yg berlaku Hari ini"

*Sudah lah banyak bantuan dipotong utk golongan B40 dan kerajaan sepatutnya cari jalan penambah baikkan, Jadi jangan kita suka sangat utk pertahankan kekejaman ini , kerana ianya telah keluar dari batas politik dan lebih menyentuh kepada isu kemanusiaan"

"Kita kena ingat Hari ini mungkin masa mereka , masa hadapan nanti bila terkena pada diri atau keluarga kita jangan pulak kita menyesal pula. Renung2kan, yang pasti PH Zalim menindas rakyat." Kata penutup Dato Armand mengakhiri sessi temuramah #kakiterjah Pemuda UMNO Subang.

Oleh Harry Mazlan.

No comments