Subang Bersidang!


Bermulalah Persidangan tahunan cawangan-cawangan UMNO bahagian Subang pada hari ini. Dikala sesetengah pemimpin PH menyatakan UMNO telah mati, malam ini tiga cawangan berjaya menjalankan persidangan dengan jayanya tanpa sebarang masalah kehadiran atau sebagainya. Malah kehadiran ke mesyuarat juga bertambah.

Tahniah pada cawangan Pangsapuri Angsana USJ 1,Dahlia Anggerik ,Pusat Bandar Puchong , Pemuda dan Puteri cawangan Taman Sri Puchong yang telah berjaya menjalankan persidangan dengan baik, selesai melaksanakan tanggungjawab kepada parti.

Ketua Bahagian, Dato Armand Azha sempat hadir merasmikan ketiga-tiga cawangan tersebut. Turut hadir Dato Abu Hassan Timbalan Ketua Bahagian serta AJK Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian Alfie Zainal dan wakil Pemuda Bahagian bagi bertemu dengan akar umbi di peringkat cawangan.

#UMNOSubang #Kita1Hati #UMNOBangkit
#BarisanNasional #SubangBersidang2019 #pemudaumnosubang

No comments