UMNO Sebuah Perjuangan

UMNO SEBUAH  PERJUANGAN!


Saya Ingin mengucapkan selamat bersidang pada seluruh UMNO Cawangan dan Sayap2 Cawangan UMNO Bahagian Subang yang mula bersidang hari ini. Laksanakan tanggungjawab anda dengan baik. Sebagai salah satu bahagian UMNO yang berjuang di kawasan Bandar dan Separuh Bandar ianya amat penting mempunyai hala tuju yang jelas terutama mengariskan gerak kerja kearah PRU15. Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Subang ingin meletakkan 5P HALATUJU UMNO BAHAGIAN SUBANG .

-PERJUANGAN
-PENYATUAN
-PENGUKUHAN
-PERLAKSANAAN
-PERPADUAN

1.PERJUANGAN,
ini adalah nadi dan sumber kekuatan parti UMNO. Sebagai ahli UMNO kita harus terapkan UMNO adalah sebuah PERJUANGAN. Sebagai ahli kita harus paham asas perjuangan UMNO dan bagaimana kita nak terapkan dalam lanskap politik terkini mengunakan konsep dinamik dan progressif.

2.PENYATUAN,
ini adalah perkara yang amat penting diterapkan.Ahli UMNO harus ketepikan perbezaan dan perpecahan dalaman demi untuk kita terus kekal relevan. Bila kita fokus dalam PENYATUAN , secara automatik kita akan bergerak sebagai satu keluarga.

3.PENGUKUHAN,
ini merupakan tanggungjawab utama kita sebagai Ahli UMNO, hanya bila parti kita kukuh sudah pasti akan mendapat kembali sokongan orang atas pagar untuk terus menyokong dan bersama kita bagi menghadapj PRU15

4.PERLAKSANAAN,
semua strategi yang di sediakan oleh pihak UMNO Malaysia, UMNO Selangor dan Pihak UMNO Bahagian haruslah kita terapkan dalam setiap gerak kerja kita secara bersepadu. Bila kita fokus dan ada strategi insyallah kita akan bina kekuatan parti kita di semua peringkat.

5.PERPADUAN,
Kita harus bina semangat Kerjasama diantara Parti2 Komponen BN , Rakan Seperjuangan Baru Kita PAS, Rangkaian Sahabat NGO PRO BN, Bersama Persatuan Penduduk,  Gerakan Mahasiswa/Mahasiswi, Persatuan Masjid , Rumah Ibadat dan Pelbagai lagi demi menguguhkan semangat PERPADUAN BN khususnya di Bahagian Subang.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan atas amanah dan tanggungjawab yang diberikan pada saya sebagai Ketua UMNO Bahagian.  Saya doakan UMNO Bahagian Subang terus maju kehadapan dengan semangat #SetiaBersahabat dan kekuatan #Kita1Hati . Semoga Allah SWT permudahkan segalanya buat KELUARGA BESAR UMNO BAHAGIAN SUBANG Insyallah.

Teks Ucapan Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah. Ketua UMNO Bahagian Subang
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.





No comments