ARMAND DIPANGGIL KE BUKIT AMAN BERI KETERANGAN


DATO ARMAND AZHA ketika tiba untuk  memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman.

KUALA LUMPUR 25 April 2019.  Ketua UMNO Bahagian Subang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah dipanggil oleh  Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkaitan status yang disiarkan di laman facebook nya berkaitan isu Rome Statute.

"Beliau tiba di ibu pejabat polis itu pada pukul 10.30 pagi sebelum meninggalkan bangunan tersebut pada 12.45 tengahari.

Turut hadir memberi sokongan Moral kepada Armand adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang Alfie Zainal, AJK UMNO Bahagian Subang dan AJK Pemuda UMNO Bahagian Subang.

Media Subang melaporkan sumber terdekat dengan Ahli Majlis Tertinggi itu berkata, pihak polis telah menghubungi Ketua Bahagian UMNO itu untuk tampil ke Bukit Aman bagi memberikan keterangan berkaitan status facebook nya telah viral berkaitan pendapat nya ke atas isu Rome statute.

Dato Armand berkata, polis bersikap sangat profesional dan menyoalnya berhubung laman facebook tersebut, beliau telah memberi kerjasama  dengan menjawab soalan-soalan tersebut. "Selebihnya saya hanya akan jelaskan di Mahkamah sekiranya didakwa." ulasnya lagi.

“facebook itu, adalah pandangan peribadi saya dan tiada berkaitan dengan Kerajaan. Mereka ketika pembangkang bermati matian memperjuangkan hal ini dan takut kehilangan medium ini sebagai sebuah saluran penting penyampaian maklumat dan agenda politikal blok pembangkang"
menurut Dato Armand.

"Mereka sepatutnya menerima kewujudan Kebebasan untuk bersuara, penggunaan media sosial bagi sebuah blok pembangkang amat penting dalam menyalurkan kelemahan pentadbiran,  Menteri yang dipertanggungjawabkan serta apa sahaja kepincangan  Kerajaan dan menjadi check and balance kepada Mereka hari Ini.  Tetapi,  apabila telah diberi peluang menjadi Kerajaan, medium yang digunakan sentiasa dahulu semasa  mengfitnah Kerajaan BN membuat Mereka paranoid " ulasnya panjang.

Dato Armand juga menyatakan
"Pengguna Media sosial Hari ini boleh disabitkan dengan Akta komunikasi Media  serta boleh ditahan tanpa waran. Handphone atau alat yg digunakan untuk penyebaran akan dirampas, password FB,  email semuanya terpaksa diberikan untuk Siasatan Polis hinggalah  didapati bersalah dan didakwa. Dulu kita nak Haram, masuk hak asasi manusialah. Zalim lah. Jadi, Ternyatalah laungan Mereka hanyalah laungan retorik,  Hari Ini saya percaya demokrasi telah benar benar mati.” katanya ketika ditemui sebentar tadi. - MEDIA SUBANG ONLINE

Oleh HarryMazlan. www.umnosubang.com
©BiroPeneranganBahagianSubang
2018-2021@

No comments