DAP Lancarkan Strategi Baru mengekang kempen #maluapabossku.



Dengan hanya menggunakan 6 orang pelajar cina membawa 1 Karikatur Dato Seri Najib seperti Badut dan 5 Helai kertas hitam putih yang dihiasi propoganda dan fitnah, serta mengumpulkan Wartawan2, bloggers dan Media baru diletakkan berdekatan jelajah Santai maluapabossku oleh DSN Mereka hanya memerlukan orang UMNO, PAS atau NGO untuk memulakan provokosi bertindak kasar keatas mereka dan mengembalikan pandangan buruk rakyat terhadap perjuangan penyatuan ummah yang sedang dibina hari Ini. 

Sungguh licik dan hebat permainan politik persepsi yang banyak menyerupai percaturan dunia politik Amerika Syarikat. Atau dikenali sebagai GAME CHANGER penasihat politikal peringkat Tertinggi pengurusan parti. Pemuda Subang ingin berkongsi tips GAME CHANGER untuk semua Pemuda Subang dan Selangor agar kita tidak terjebak didalam proses menyekat kemaraan dan kebangkitan penyatuan Ummah hari Ini. 

Apa yang mereka ingin adalah untuk membangkitkan kemarahan agar kita menyerang, merosakkan,menghina, mencederakan mereka seperti yang dipamerkan oleh beberapa Ahli UMNO peringkat Tertinggi baru baru Ini. Dengan pantas mereka berjaya membuat laporan, memulakan dakwaan terhadap tindakan fizikal, verbal yang boleh memamerkan kepada rakyat kembali  ke persepsi betapa 'Gangster Dan Bahayanya gabungan  orang UMNO, PAS'.

Apa yang kita bina selama berbulan bulan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat serta memperbaiki kerosakan parti akibat fitnah dan persepsi yang lalu terjejas dengan strategi politik kotor Ini. Karier politik pejuang kita yang terjebak didalam provokosi itu juga boleh musnah akibat hukuman undang undang. 

Nasihat kami jika terserempak dan kami pasti ia akan berterusan dimana mana sahaja kempen#maluapabossku dijalankan. Tips untuk semua Pemuda Subang Dari KP Alfie Zainal. 

1-Buat tidak penduli, Jgn didekati.

2-Jika menghampiri, mestilah dengan senyuman dan bersalaman.

3-Jika boleh, belanja Mereka air minuman dan duduk sebentar bertanyakan perjalanan kempen dan kehendak mencapai tujuan protes dengan senyuman dan kemesraan.

4-Ucapkan Tahniah diatas keberanian mewakili  DAP didalam Permainan politik  'on ground' dan tinggalkan mereka berkempen, protes dengan aman. Rakam video kemesraan anda.  

5-Sekiranya Dato Seri Najib berada dilokasi, jemput beliau bergambar bersama dengan pasukan 'kecil' provokasi tersebut.

Ini adalah permainan politik, kawal emosi anda. Kerana politik adalah medan perbandingan. Jangan kita dinilai dan dibandingkan sebagai  parti politik yang jumut , gansgter dan menghalang demokrasi serta membelakangi  undang undang. 


Harry Mazlan
©Pemuda UMNO Subang 2018-2021.

No comments