GOT KENCING?

Kempen Got Kencing? yang dihasilkan oleh Pemuda Subang 

UMNO Bahagian Subang ingin menyatakan menyokong pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara tegas dan tidak akan menarik balik istilah JIHAD yang digunakan bagi menjelaskan kerjasama UMNO dan Pas dalam memperjuangkan penyatuan orang Melayu, Islam.

UMNO Subang ingin berkongsi ilmu,  agar Ahli Parlimen Kepong, yang mendesak supaya menarik balik istilah JIHAD cuba dahulu memahami ertinya didalam Islam, Maksud kata JIHAD ialah berjuang dengan bersungguh-sungguh. Mudah.
Poster poster bantahan politikal oleh Pemuda Subang 

Apabila Datuk Seri Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan untuk bersama UMNO dan PAS JIHAD melawan Pakatan Harapan adalah  bermaksud agar kami bersungguh-sungguh serta fokus dalam mendapat sokongan rakyat melalui proses demokrasi negara, melalui Pilihanraya.

Kenyataan beliau bukan bersifat perkauman seperti mana yang dimainkan oleh penyokong dan media Pakatan Harapan. Kenyataan beliau adalah utk membakar semangat BERJIHAD (Bersungguh-Sungguh) bagi memenangi Pilihanraya akan datang dan menentang Kerajaan DAP @Pakatan  Harapan. Tiada istilah pun  menyebut bangsa mahupun agama.  Adakah DAP sebuah parti yang hanya mementingkan kaum cina sahaja?. Ini negara berbilang kaum.
Subang terlibat menjayakan bantahan RomE Statue Bersama seluruh Bahagian UMNO  Selangor 

Subang ingin mengingatkan beliau untuk memahami sejarah negara dimana UMNO/BN malah PAS adalah sebuah Parti yang konsisten menperjuangkan semua kaum, agama dan bangsa sejak merdeka hingga kini, ini merupakan salah satu dasar yang tidak boleh disanggah oleh mana-mana pihak termasuk DAP.
Poster poster satira politik oleh Pemuda Subang  

Jadi pada DAP dan Pakatan Harapan,  jangan lah lagi mengeluarkan kenyataan yang nampak kurang bijak berkaitan isu Perpaduan UMMAH UMNO-PAS. Sebagai sebuah parti politik, sudah pasti  ia harus bersungguh-sungguh ( JIHAD ) bila melawan musuh politik.
Bersama Ketua Pemuda Bahagian Subang Alfie Zainal dan Setiausaha Pemuda UMNO Selangor Datuk Azley

Ikhlas dari,
Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah,
Ketua UMNO Bahagian Subang
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
Mac 2019

No comments