Pemuda Rantau Nyaris Kalah!


#PRKN27Rantau

Assalamu’alaikum WBT,
Alhamdulillah telah selesai program perlawanan bola persahabatan Pemuda Subang bersama Pemuda Negeri Sembilan di Padang Dewan Orang Ramai Rantau. .
Kepada semua pemain, penyokong & tukang sorak yang memberikan semangat semasa program tadi terutamanya AJK penyelaras NKP & PSU saya ucapkan terima kasih dan tahniah atas berjayanya kita bersama sama, walaupun last minit dengan bersusah payahnya berkumpul untuk hadir dan menempuh perjalanan yang jauh bagi menjayakan program tersebut. 
Tidak sangka kita juga mempunyai  pasukan bola segera yang hebat terutamanya NKP Helmi Kusnin kerana dengan sengaja telah memberikan kemenangan untuk pihak lawan demi menghormati tuan rumah petang tadi. Perlawanan berakhir dengan keputusan  jaringan 3-4. 
Terima Kasih Hj. Dzul Hamid, Hj Yaakob, En. Hamlay, dariBahagian Subang yang telah merealisasikan penganjuran
perlawanan. Setinggi tinggi Terima Kasih Datuk Mohd Zaidi Abdul Kadir sudi hadir bertemu kami di Padang juga Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor YB Rizam Ismail. AJKPemuda Negeri Selangor, Terima Kasih AJK Bahagian  dan Pemuda Subang yang terlibat menjayakan bersama. 

Semoga Allah Ta’ala sentiasa memberkati kita semua.

Amin ya Rabbal ‘alamiin

Alfie Zainal
Ketua Pemuda
UMNO Bahagian Subang


#pemudaumnosubang#sinisubang #pemudaumnoselangor #pemudaumnomalaysia #pemudaumnonegerisembilan   #PRKN27Rantau



No comments