PEMUDA BENTUK MASA DEPAN NEGARA.

SUBANG 21 APR 2019. Hampir Keseluruhan Pergerakan Pemuda cawangan dibawah Pemuda UMNO Bahagian Subang telah selesai bersidang. Majlis Tertinggi UMNO yang telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan bermula pada 15 Februari sehingga 30 April telah berjaya dilaksanakan.

Kali ini persidangan tahunan Cawangan diberi tempoh selama dua bulan setengah bagi memberi peluang kepada Bahagian-bahagian UMNO yang mempunyai jumlah Cawangan yang banyak untuk menyempurnakan tanggungjawab tahunan tersebut.

Tanggungjawab dan amanah untuk parti menjadi fokus utama Pemuda UMNO  Bahagian Subang hari ini yang meliputi pemuda pemuda dari Subang Jaya, USJ,  Kelana Jaya, Sunway, Kinrara, Puchong. menurut Alfie Zainal, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang ketika ditemui menghadiri Mesyuarat  cawangannya di Subang Jaya malam tadi.
Menjawab soalan berkaitan kekuatan Pemuda UMNO hari Ini Alfie Zainal menyatakan,
"Kami di Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang hanya memegang Amanah serta bertanggungjawab menjalankan tugas untuk parti demi Agama, Bangsa dan Tanahair. Hari Ini,  Peluang menghadiri ke mesyuarat cawangan cawangan bukan hanya untuk melaksanakan tanggungjawab menjadi wakil Pemuda Bahagian tetapi untuk bermesra, mengenali, memupuk semula penyatuan, membina semula kekuatan ahli Pemuda cawangan  diperingkat akar umbi dan mendekatkan lagi matlamat parti ke pemuda cawangan" komennya lagi.
Kehadiran  Barisan kepimpinan Pemuda Bahagian Subang mendekatkan lagi pentadbiran Pemuda Bahagian dan cawangan bagi membina ukhuwah, berkongsi maklumat  dan memberikan hala tuju serta semangat kepada ahli di peringkat akar umbi, memberikan strategi-strategi susun atur Pemuda Negeri dan Malaysia terus ke pentadbiran pemuda cawangan supaya Sayap sayap bergerak bersama satu tujuan melengkap persediaaan parti menghadapi PRU 15 nanti.
"Tahniah semua Ketua Pemuda cawangan diatas kejayaan  mengumpulkan ahli dan menambah ahli baru dan  hari Ini menguatkan lagi Pegerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang.  Saya juga ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan dan terima kasih kepada semua Wakil Bahagian, Jawatankuasa Bahagian, Jawatankuasa Pemuda/Wanita/Puteri Bahagian, ahli2 UMNO Cawangan dan terutama Ketua UMNO Bahagian Subang Dato Armand Azha Hj Hanifah, semoga kita akan terus berjaya membawa nama UMNO dan menjadikan UMNO  sebagai parti pilihan rakyat untuk semua." Ucapan Alfie Zainal Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang mengakhiri temubual #kakiterjah Subang.
Pergerakan  Pemuda Bahagian Subang 2018-2021  yang dipimpin Ketua Pemuda, Alfie Zainal (ditengah) 

Ini membuktikan UMNO Hari ini masih relevan dan masih diterima, malah mula didekati semula oleh golongan melayu muda di kebanyakan kawasan bandar urban di Selangor selepas sedar dan lihat serta melalui sendiri akan penipuan manifeso, penindasan ekonomi, rompakan Hasil dan aset Bumiputera, ketidak adilan perlaksanaan undang undang, sikap perkauman yang semakin buruk, Penghinaan pada Agama,pencabulan kedaulatan, melanggar perlembagaan Malaysia oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Oleh Media Subang .
#kakiterjah©pemudaumnosubang
2018-2021.

 *'Semoga Allah memberkati usaha kami semua. Amin'*

#sinisubang #pemudaumnosubang #kamibukanrobot #pemudasubang #UMNOSubang #Kita1Hati #Subang
#pemudaumnomalaysia #pemudaumnoselangor
@mediaselangor @umnomalaysiaku @umnoonline @pemuda_umno_selangor
@alfiezainal @armand_azha @pejuang_abata

No comments