RAWATAN PARTI BERMULA DARI AKAR UMBI


SUBANG 21 APR 2019- Hampir 90 peratus cawangan cawangan dibawah UMNO Bahagian Subang telah selesai bersidang Dan saya sendiri turun ke setiap cawangan bertemu Ketua Cawangan dan menyampaikan matlamat dan strategi
Parti terus ke ahli di peringkat akar umbi" jelas Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah ,Ketua UMNO Bahagian Subang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia ketika ditemui merasmikan Mesyuarat cawangan cawangan Subang Jaya di Nita Tomyam Subang Jaya 19 malam tadi.
(Dato merasmikan Mesyuarat Taman Mawar Puchong bersama Ketua Cawangan Hj Zaulkefli. )

"Melaksanakan Tanggungjawab untuk membaik pulih parti menjadi tujuan utama  UMNO  Bahagian Subang"

Bahagian Subang meliputi Subang Jaya, USJ,  Kelana Jaya, Kinrara, Puchong.  Bertanggungjawab keatas cawangan cawangan aktif UMNO dibawah pentadbiran yang dahulu dibawah Bahagian Kelana Jaya dan Serdang kini menjadi Bahagian Subang. Sejak perpecahan kawasan pengundi di Selangor.
Berucap Di mesyuarat Cawangan Pangsa Perdana Puchong  

Dato Armand Azha telah menyarankan agar  semua cawangan cawangan yang aktif ataupun tidak dibawah Bahagian kelana Jaya, Kinrara kini Subang wajib bagi menjalankan mesyuarat menurut perlembagaan pertubuhan.

"Walaupun Bahagian Subang  masih didalam proses penukaran nama Dari Bahagian Kelana Jaya oleh pendaftaran pertubuhan. Mesyuarat yang dijalankan tetap sah." Jelas Dato Armand Azha berkaitan isu pendaftaran pertubuhan  sekiranya ada cawangan yang keliru dan tidak menunaikan tanggungjawab untuk bersidang.

Semua cawangan UMNO diseluruh negara wajib menjalankan tanggungjawab terhadap parti dan bermesyuarat bagi menjalankan semak timbang, pemutihan keahlian dan penilaian komitmen cawangan dibawah UMNO. Tempoh untuk bersidang seluruh Bahagian UMNO yang  bermula sejak Mac dan akan berakhir hujung Apr ini. 

Mesyuarat cawangan Itu sangat perlu bagi mengeluarkan nama-nama  daripada senarai nama ahli Dari Pusat dan  juga ahli-ahli yang tidak dapat dikesan, ahli-ahli yang telah meninggal dunia akan keluarkan supaya keahlian UMNO yang ada Hari Ini hanya ahli yang benar-benar wujud dan ahli yang aktif bergerak dalam parti.

Kepimpinan Bahagian Subang Hari ini, AjK Bahagian,  Wanita,  Pemuda dan Puteri turut bersama sama turun merapatkan silaturrahim. Dato Armand Hj Hanifah berjaya merasmikan dan hadir  didalam setiap mesyuarat Cawangan-cawangan yang bermula awal Mac lalu,  untuk memberikan  hala tuju dan semangat kepada ahli di peringkat akar umbi di Cawangan-cawangan dan dapat memberikan strategi-strategi  susun atur politik. memupuk semula penyatuan kekuatan ahli UMNO diperingkat akar umbi dan menimbang komitmen serta perkembangan cawangan cawangan aktif dibawah UMNO Bahagian Subang.

"Tahniah kepada kejayaan Ketua ketua Cawangan dibawah Bahagian Subang  yang telah berjaya mengumpulkan ahli cawangan,pemuda, puteri bagi menjalankan Mesyuarat dan menguatkan lagi parti keramat ini.".jelas Dato Armand.

Hari Ini keahlian (pendaftaran).  sudah boleh dilakukan di peringkat Cawangan dan Bahagian secara ‘online’ dimana ibu pejabat hanya mengurus susun atur rekod dan kad keahlian.

Ini membuktikan UMNO Hari ini masih relevan dan masih diterima oleh orang melayu di Selangor dan perubahan pasti akan berlaku.  Hidup UMNO! Hidup UMNO! hidup UMNO! Takbir! Allahuakhbar.

Oleh Harry Mazlan.

www.umnosubang.com
PeneranganBahagianSubang©Biro Penerangan Bahagian Subang 2018-2021

No comments