TINGGALKAN SIKAP ANGKUH AYUH KITA TERUS MAJU KE HADAPAN


Cameron Highland, DAP KALAH
Semenyih, BERSATU KALAH
Rantau, PKR KALAH

Kemenangan ini menguatkan lagi pejuangan dan semangat jentera kami dari Pemuda. Dimana jika dilihat dahulu ramai yang berpecah memasuki parti lain, hilang arah, malu mengaku Pemuda UMNO semuanya kerana kehebatan penipuan atau lebih selesa 'Kencing' Pakatan Harapan. Apakah Yang telah Kerajaan pakatan  Harapan capai hari ini?

Satu kemenangan yang amat manis, satu kesinambungan yang baik. Bagaimanakah perjuangan kita hari ini? Apa itu perjuangan? Apakah itu tuntutan manifesto? Atau sememangnya menjadi seorang ahli politik hanya jambatan peluang untuk swafoto bersama pemain politik bangsawan ? Atau menceburinya untuk menikmati hidup mewah, bebas dari undang-undang, mempunyai bini cantik, kereta mewah dan bercuti setiap tahun diluar negara?

Kepada pemuda yang masih bersama UMNO syukur Alhamdulillah kita buang sikap golongan UMNO dahulu yang merosakkan parti. Buang jauh persepsi tersebut. Kita buktikan kelainan Pemuda hari ini. Komitmen kita dalam transformasi dan sikap yang merendah diri telah dinilai dan telah diakui oleh rakyat. Kita merupakan pejuang sejati. Pemuda hari ini bukan senjata yang dicipta dan digunakan untuk pemilihan calon Cawangan ke Bahagian, Negeri ke Pusat. Tapi Pemuda hari ini adalah parti dalam parti. Kita adalah penyambung warisan dan amanah kita adalah untuk menjaga bumi Malaysia ini.

PRK Rantau telah membuktikan bahawa rakyat telah merindui sistem ekonomi Barisan Nasional yang lebih mesra kepada kebajikan dan ternyata rakyat telah hilang sabar dengan Kerajaan Pakatan Harapan yang semakin hari semakin terbukti merupakan sebuah kerajaan yang zalim dan kuat menipu.
Sekali lagi kami dari Pemuda UMNO Bahagian Subang ingin mengucapkan tahniah kepada Tok Mat atas kemenangan di Rantau dan kepimpinannya akan menjadi inspirasi buat kami dalam usaha terus menerus transformasi parti keramat yang menjadi harapan bangsa melayu di bumi nusantara ini.

Semoga Allah memberkati usaha kita bersama.

Amin


Alfie Zainal
Ketua Pemua
UMNO Bahagian Subang

No comments