UMNO Bahagian Subang dan PAS kawasan Subang mencipta Sejarah.


3 Mei SUBANG JAYA. Untuk melihat UMNO dan Pas bergabung di bawah satu logo agak sukar. Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar malah sebelum ini pernah meminta supaya UMNO dibubar sahaja dan ahlinya sertai Pas.

UMNO juga suatu ketika dulu amat `memusuhi’ Pas dan tidak ada tanda-tanda ke arah kerjasama antara kedua parti itu. Pas menjadi seteru kepada UMNO sejak sekian lama.

Namun, rantaian isu yang menggugat hak Islam dan Melayu khususnya pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah membuka mata kedua-dua kepemimpinan dan penyokong parti itu. Ini termasuklah dalam kalangan anak-anak muda.

Bermulalah kerjasama kedua-duanya dalam beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) sejak tahun lalu. Setiap PRK dimantapkan usaha itu sehinggalah pengurusan kempen kedua-duanya menjadi sangat kemas serta teratur seperti ditonjolkan dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN).

UMNO Bahagian Subang telah berjaya menganjurkan Program Mahabbah Di Subang Jaya bagi sessi perkenalan Dan jalinan ukhuwah serta pembentukan kerjasama yang lebih kuat sebagai blok pembangkang dikawasan Subang dan menguatkan jentera keduanya dalam perjuangan Hari Ini.

Harry Mazlan
Media@Penerangan Subang  2018-2021

No comments