NAH SERATUS


Nak duduk semeja dengan aku jangan nak buka isu basi. Jangan nak tunjuk tak cerdik.

Jani:  Bang, yang bang taksub sgt dgn Najib ni dah kenapa?

Aku:  Kalau kau boleh buat apa yang Najib buat, aku janji aku taksub kau pulak.. haha..

Jani:  Gila bang, dia tu penyamun, takan aku nak jadi penyamun?

Aku:  Penyamun kepala bapak.

Jani:  Amboi keras bahasa tu

Aku:  Ehhh, bukan ke Kepala Bapak tu tajuk buku kau. Duit sapa dia curi?

Jani:  Ala semua orang tau.

Aku:  Ok sekarang aku letak 100 ringgit atas meja. Kalau kau boleh buktikan Najib penyamun, kau ambik duit ni. Tak ada hal, kau bagi satu contoh cukup, tak payah banyak. Pastu kau ambik la duit ini.

Jani:  Relaks la bang.

Aku:  Tak payah nak relaks.  Kau buktikan.

Jani:  2.6 billion tu.

Aku:  Kau ada bukti duit tu duit curi? Kan mahkamah dan bank dah akui tu derma dari Raja Arab Saudi.  Lawyers PH pun tak dapat buktikan itu duit curi.  Raja Saudi pun dah ngaku dia derma.

Kalau duit 100 ni aku bagi pada kau, tu kira kau curi ke?  Kalau kau ambik dikira derma. Kalau Najib ambik dikira dia curi.  Aku rasa orang macam kau ni sebenarnya berpenyakit.  Penyakit hati busuk.

Jani: Tapi kalau angin tak bertiup masakan pokok bergoyang?

Pokok pala bana kau. Hoi bangang dengar sini. PH tu menfitnah bertujuan. Dia orang fitnah sebab nak jatuhkan kerajaan BN, dia orang nak kuasa memerintah. Sekarang pemimpin PH dah kaya raya. Yang ko ikut memekak menfitnah ni apa yang kau dapat?  Bodoh.

Satu Malaysia dah tau itu semua fitnah. Tak pa kita bagi chance PH dakwa Najib. Tapi sehingga sekarang habuk pun tarak.

Ni duit ni 100 ni. Aku tau kau terliur. Aku ambik balik sebab duit ni bukan untuk penfitnah. Kau nak bagi satu sebab pun kau tak mampu.  Elok kau pergi jual buku kau yang tak laku tu. Itu pun kalau ada yang nak beli.

Aku boleh cakap 10 penyelewengan kerajaan PH walaupun dia orang baru setahun mentadbir. Nak aku cakap 20 atau 30 penipuan pun boleh. Ko berani letak 100 la bro?

Jani:  (Masih terkebil-kebil).

Aku:  Letak la bro.

Bezanya Najib dan kita orang dengan kau orang, kami cakap fakta, kau orang semua auta.

#sinisubang

No comments