Sejarah logo Pemuda UMNO Subang

Tahukah anda setiap logo pemuda UMNO mempunyai identitinya yang tersendiri walaupun ianya menggunakan idea asal, acuan yang sama untuk semua pemuda UMNO Malaysia.

Logo Pemuda UMNO Subang telah diubah sesuai oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang 2018-2021 Alfie Zainal dengan bantuan Pengerusi Media & Digital Pemuda Dzulhawari Mazlan pada 22 Ogos 2018. Hari ini sudah hampir setahun penggunaan logo baru Pemuda UMNO Subang samaada kita sedar ataupun tidak. Beberapa kali rekaan baru ditolak sehingga mereka duduk bersama dan Ketua Pemuda menggambarkan visinya. "Satu line Harry. Biar di sama dalam satu baris, Subang biar nampak" menurut Alfie Zainal.



Rebranding Pemuda Subang.

Naib Ketua Pemuda Helmi Kusnin dan rakan rakan dengan bantuan Dato Armand Azha Ketua Bahagian Subang  melancarkan tema 'Brotherhood of Subang' PERSAHABATAN & KESETIAAN. Satu brand yang dicipta bagi menyeragamkan dan menyatukan ukhuwah pemuda UMNO Bahagian Subang dari Dun Kinrara dan Subang Jaya yang baru selepas pemilihan UMNO Bahagian Subang 2018-2021.

Sebelum perarakan ICERD 8 Disember 2018, Pengerusi Sekretariat Media & Digital Dzulhawari Mazlan dan Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda Syafiq Zainuddin ingin mencuba perniagaan T shirt ICERD disamping itu dapat menyeragamkan sahsiah rupa pemuda subang bagi menyertai perarakan bersejarah itu.


Memandangkan warna putih menjadi persetujuan rekaan Baju hitam brotherhood terpaksa diubah. Ketua Pemuda Alfie Zainal menolak rekaan asal yang dicadangkan mempunyai logo UMNO.

"kita tak perlu pampang logo keramat kehulu kehilir dalam keadaan hari ni, kita sebagai pembangkang. kita kena dekatkan diri dengan adaptasi benda yang orang suka. Berpandukan rekaan logo terkenal  Supreme tetapi sengetkan sikit font agar ada perubahan sedikit bagi identiti kita sendiri. Yang tersiratnya warna putih dan merah adalah warna UMNO tak perlu logo hari ni". menurut Alfie Zainal.
kemeja T  'Subang' kekal digunakan oleh seluruh AJK Pemuda Bahagian sebagai baju rasmi menggantikan baju kemeja rasmi Pemuda Bahagian untuk program program pemuda UMNO Subang. Kemeja T tersebut turut dijadikan cenderamata bagi memperkenalkan nama pemuda subang. Jika dahulu Ketua Pemuda terpaksa menanggung kos dan AJK terpaksa menjual dengan harga RM30 sehelai bagi membantu merealisasikan Kemeja T rasmi pemuda Subang Kini kemeja T rasmi Subang disalurkan secara percuma selepas ditaja oleh Ketua Bahagian Subang Dato Armand Azha. Ketua Pemuda cawangan serta exco  dibawah UMNO Bahagian Subang boleh menghubungi Ketua Penerangan Pemuda Hj Hidir bagi urusan saluran T shirt rasmi Subang selepas Aidilfitri 2019.

Logo UMNO Bahagian Subang

Dato Armand Azha ada memperkenalkan logo subang tetapi jarang digunakan umum, hanya untuk kegunaaan urusan dalaman Bahagian Subang. Logo ini digunakan untuk pertama kalinya dikhalayak umum adalah pada perarakan ICERD diletakkan di dibanner Subang ketika perarakan.




Media subang 2019. PeneranganPemudaBahagianSubang@#kakiterjah@pemudaumnosubang@facebook/www.umnosubang.com



No comments