Melayu tidak perluKan BERSATU untuk Bersatu..




07hb Julai 2019, 12 Tengahari.
Semalam ada yang bertanya saya mengenai ucapan Tun M mengenai cadangan beliau penyatuan orang  Melayu tapi semua masuk Bersatu..

Pertama saya nyatakan saya, sejak awal saya konsisten nyatakan Islam , Melayu Dan Bumiputera harus bersatu demi menjaga kepentingan ABATA* dalam negara kita.

Sebelum PRU14, rakyat rasakan tak salah malah bersemangat nak cuba tukar kerajaan daripada *BN dibawah UMNO kepada PAKATAN* kerana janji manis mereka tapi paling utama bila Parti2 Dalam Pakatan nyatakan mereka juga akan menjaga kepentingan ABATA sama seperti UMNO malah lebih baik. Akhirnya rakyat buat keputusan utk mencuba.

Tetapi selepas PRU14 setelah lebih *1tahun mandat diberikan pada PAKATAN, rakyat mula sedar apa yg mereka harapkan tidak jadi kenyataan. Ekonomi negara makin lemah, Kos sara hidup makin tinggi, Janji PRU14 tinggal janji dan paling utama kini rakyat lihat bila kepentingan Agama dan Bangsa dilihat mula dicarik2 oleh Kerajaan, paling menyedihkan pimpinan Pakatan beragama Islam dan Melayu dilihat diam berpeluk tubuh walaupun nampak apa yang berlaku, penyokong2 pakatan harapan sebelum ini *dulu yang kuat hentam BN kini dilihat berdiam diri kerana dalam hati mereka tahu mereka telah buat kesilapan.

Selepas 9hb Mei 2018, UMNO dan BN teruk dihina dan dikeji malah paling menyedihkan bila ramai kengkawan dulu yang kita lihat baik ,ngan kita berubah serta beralih sokongan. Bukan sekadar mereka tinggalkan UMNO malah mereka bangga menghina UMNO kerana nak tunjukkan pada Pakatan mereka kini sokong Pakatan.

UMNO dan BN istiqamah dalam Perjuangan dan konsisten nyatakan agar kepentingan ABATA adalah agenda utama. Kerana sepanjang zaman pemerintahan UMNO dan BN kita senantiasa berpegang pada Perlembagaan Negara jika kita nilaikan ianya ada roh Piagam Madinah..

UMNO bangkit mengorak langkah untuk dapatkan sokongan rakyat. Syukur alhamdulilah satu perkara yang tidak terlintas dalam pemikiran *rakyat Malaysia bila dua parti Melayu Islam terbesar mula berbincang dan duduk semeja demi PERPADUAN UMMAH*.

Pada mulanya ramai yang tidak yakin *UMNO dan PAS* boleh duduk semeja, tetapi hari ini landskap politik negara sudah berubah dan sokongan rakyat terhadap penyatuan ummah makin diterima oleh jutaan rakyat Malaysia.

Laungan #PerpaduanUmmah menjadi igauan ngeri Pakatan Harapan kerana boleh dirasai gelombang penyatuan ummah bertiup diseluruh pelusuk negara. Lebih menakutkan Pakatan bila UMNO dan PAS nyatakan akan keluarkan PIAGAM PERPADUAN UMMAH tidak lama lagi mengenai kerjasama kedua2 Parti Melayu Islam Terbesar dalam Malaysia.

Jadi bagi saya tidak Perlu UMNO dan PAS masuk BERSATU, tetapi pandangan saya Kerjasama semua Parti Politik Melayu Islam kearah Perpaduan Ummah adalah keutamaan bagi semua rakyat Malaysia demi kearah membina Negara Malaysia menjadi lebih maju.

Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah*ingin nyatakan saya teguh setia bersama *UMNO dan PAS kearah PERPADUAN UMMAH* Ketepikan perbezaan , ketepikan perpecahan dan sama2 kita fokus kearah memantapkan PENYATUAN UMMAH demi kepentingan MALAYSIA TERCINTA

ALLAHUAKBAR

Ikhlas

Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah
Ketua UMNO Bahagian Subang
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia

©umnosubang.com2019 BiroPenerangan Subang

No comments