Rumah Terbuka UMNO Bahagian Subang bukti keserasian UMNO dan PAS


6 Julai 2019, SUBANG JAYA 

Acara rumah terbuka UMNO Bahagian Subang yang diadakan di Ruang Event Space SS18 Subang Jaya dihadiri oleh ahli UMNO dan PAS Subang Jaya. Kesefahaman dan keserasian kedua parti semakin hari semakin dilihat bertambah rapat di Kawasan Subang Jaya.

Kehadiran YDP PAS Hj Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir  bersama AJK Dewan utama PAS Selangor dan AJK PAS kawasan Subang serta ahli PAS kawasan Subang turut hadir beramai ramai bersama keluarga menyempurnakan serta memeriahkan lagi majlis rumah terbuka UMNO Bahagian Subang.

Gabungan blok pembangkang di Subang telah berjaya disatukan oleh Ketua  UMNO Bahagian Subang Dato Armand Azha dan YDP PAS kawasan Subang Tn. Hj Roslan pada bulan Mei 2019. Blok pembangkang Subang hari ini sentiasa berhubungan bagi memastikan kawasan Subang Jaya menyokong penyatuan ummah dan bersedia bergandingan bersama menentang Pakatan Harapan menjelang PRU15.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tan Sri Noh Omar dan Isteri,  Dato Jamal Yunus, Dato Mutalib PJS, YB Senator Dato Megat, NKP Pemuda Selangor Amin Syukor turut hadir di  Majlis Rumah terbuka UMNO Bahagian Subang.  

Majlis yang bermula pada 230 petang, tetapi telah mula dibanjiri tetamu pada jam 2 petang dan tidak putus putus menerima tetamu yang hadir sehingga akhir Majlis pada jam 7 malam. Ketua Pemuda Alfie Zainal yang menyambut hari lahirnya hari ini dikejutkan oleh AJK Pemuda Bahagian Subang dengan acara sambutan rahsia disertai Bacaan doa, nyanyian syukur serta memotong Kek. 

Ketua Bahagian Subang Dato Armand Azha bersyukur dengan kehadiran yang ramai yang utama berjaya merapatkan ukhuwah dikalangan ahli UMNO Bahagian Subang malah beliau menambah lagi juadah bagi memastikan semua tetamu yang hadir menikmati juadah secukupnya. 
Penerangan UMNO Bahagian Subang 2019. #sinisubang

No comments