AKHIRNYA CHIN PENG BERJAYA KEMBALI, TAHNIAH DAP


SUBANG 27 Nov 2019.
"Memang saya nantikan apabila kita menghampiri tarikh 2 Disember 2019 dan ingin melihat sejauh manakah cengkaman DAP didalam Negara serta kesombongan dan kedegilan pemimpin DAP kali Ini apabila berjaya menguasai Kerajaan dengan kemenangan penuh penipuan bagi PRU 14"  komen Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Exco Pemuda UMNO Selangor Alfie Zainal.Ketika ditemui di SS15 Subang Jaya selepas Mesyuarat Exco Sayap. Sayap Bahagian  Subang bagi merangkakan program  bantuan ke Kembali ke Sekolah akhir tahun Ini untuk ahli UMNO  Bahagian Subang .

Sambungnya lagi, Akhirnya apabila Negara ini kelihatan seperti dipimpin oleh Pemimpin Melayu pembangkang terhebat dahulu,  tetapi sebaliknya hanyalah boneka yang tidak mampu atau tidak boleh menghalang pergerakan licik para pemimpin DAP dibelakang tabir.  Tahun Ini Mereka berjaya meneruskan usaha yang tertangguh sejak 2014 akibat larangan dari Kerajaan dahulu.

"Kali Ini tiada siapa boleh menghalang usaha ini, Dengan sokongan Peguam Negara apa sahaja kehendak DAP pasti mampu ditunaikan tanpa halangan terutamanya undang undang.  Hari Ini kumpulan yang terdiri dari ahli keluarga serta rakan komunis Chin Peng telah pun  bertolak ke Thailand bagi  mengembalikan abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang meninggal dunia, pada 2 Disember 2013 ke Malaysia.Abunya telah pun ditaburkan Di Perak,  semalam.

“Ia berniat jahat, cubaan Demi cubaan DAP lakukan untuk mencetuskan kemarahan satu kaum terhadap kerajaan, berbau rasis dan tidak bertanggungjawab,” tegas ketua Pemuda  Umno Bahagian Subang  itu.

Menurutnya, Mereka kini kebal melakukan apa termasuklah perkara yang dilarang oleh Kerajaan terdahulu. Kerajaan Hari Ini tidak perlu lagi mengambilkira perasaan keluarga angkatan tentera, anggota polis dan orang awam yang telah terkorban atau menjadi mangsa kekejaman komunis pimpinan Chin Peng.

“Rakyat di negara ini terutama orang Melayu masih mengingati keganasan dan perbuatan  tidak berhati perut pengganas komunis di bawah pimpinan Chin Peng sewaktu di zaman darurat, tidak Sampai dua tahun mentadbir negara, DAP sudahpun menghalalkan dan melakukan perlbagai perkara yang menghina Agama Bangsa dan Negara.

Tambah nya, Chin Peng bukanlah Hero malah tidak layak menjadi tokoh sejarah Melainkan dikenali sebagai pemimpin komunis yang sarat dengan kekejaman dan keganasan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat negara ini.

“Ramai isteri pasukan keselamatan menjadi janda, anak menjadi yatim piatu, ibu kehilangan anak, rumah di bakar malahan polis dan tentera serta orang awam dibunuh kejam,” tambahnya.

Keganasan dan perbuatan zalim itu jelas beliau, tidak boleh dimaafkan tetapi kini kerajaan telah pun membenarkan  abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke negara ini merupakan satu keputsuan yang telah mengkhianati semua rakyat Malaysia yang mengenali Chin Peng sebagai seorang Kejam dan  zalim.

“Perkara itu dibangkitkan ketika genap setahun kematian Chin Peng (2 Disember), ini memberi gambaran seolah-olah pemimpin DAP mendewa-dewakan pemimpin PKM itu yang mereka sifatkan sebagai pejuang kemerdekaan tanahair,” katanya.

Tambah beliau lagi, Chin Peng tidak boleh ditafsirkan sebagai pejuang kemerdekaan kerana idealogi komunsinya bertentangan dengan perlembagaan negara.

Mengulas lanjut, Alfie Zainal  berkata isu komunis dan Chin Peng tidak seharusnya dikaitkan dengan kepentingan peribadi seperti yang berlaku Hari Ini kerana kekejaman PKM tidak boleh dimaafkan.

“Kita tidak boleh melihat daripada sudut peribadi, Ini isu negara. Chin Peng adalah komunis dan PKM pula satu pertubuhan yang diharamkan di negara ini,” tegasnya.

Kerajaan dahulu tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak, kumpulan atau individu yang mempuyai kaitan dengan ideologi komunis. Tetapi Hari Ini dengan LTTE didalam DAP macam macam boleh jadi Dalam pemerintahan PH hari ini.
Adakah Putrajaya telahpun  membenarkan abu mayat Chin Peng di bawa pulang ke Malaysia?.Jika benar maka Pemuda Subang mengucapkan.Tahniah DAP dan Keluarga Komunis Chin Peng, berjaya juga akhirnya membawa balik pengkhianat, pengganas no. 1 Negara.

#kakiterjah HM.

No comments