Charity Drive Misi Bantuan Pasca Banjir Kelantan 2019.


Banner Sekretariat Penerangan Pemuda 
Charity Drive anjuran Hilux Tuners Club Malaysia bersama UMNO Bahagian Subang adalah  misi penghantaran  sumbangan kepada Mangsa  mangsa Banjir Negeri Kelantan yang teruk dilanda bencana itu November 2019.  Bermula awal Disember yang lalu Cadangan program  kebajikan  Ini telah diketengahkan oleh Exco Pemuda UMNO Cawangan Dahlia Anggerik bersama AJK aktiviti Dan kebajikan Hilux Tuners Club Malaysia (HTCM) Khairudin Daud untuk mendapatkan sumbangan berupa pakaian, makanan dan bantuan derma kilat yang akan dihantar ke Kelantan oleh Persatuan Hilux Tuner Club Malaysia.
Haizrul Zulkafli Ketua Pemuda Cawangan Dahlia Anggerik dan Dzulhawari Mazlan Ketua Pemuda Cawangan Taman Sri Puchong keduanya juga merupakan AJK Pemuda UMNO Bahagian Subang. 

Cadangan yang disokong Ketua Cawangan Dahlia Anggerik Hj. Zulkafli Hamid  itu telah memulakan rangka kerja dan rundingan dengan, Pemuda UMNO Bahagian Subang  untuk membawa kerjasama Pergerakan Pemuda  UMNO Bahagian Subang dalam menjayakan cadangan program tersebut  hingga ke perhatian dan  penglibatan Pengurusan Tertinggi UMNO Bahagian Subang.
Hj Zulkafli Hamid berbincang bersama Ketua Pemuda Bahagian Subang Alfie Zainal 
Pemilihan Masjid As Salam Puchong Perdana yang bakal dijadikan sebagai Pusat pengumpulan Sumbangan dan Majlis pelepasan konvoi ke Kelantan pada tengah malam 20 Disember 2019 telah mendapat persetujuan AJK Masjid As Salam. 
Khairudin Daud NKP  Cawangan Dahlia Anggerik bersama Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Subang Syafiq Zainudin 

Petugas HTCM sedang Menguruskan sumbangan bersama AJK Masjid As Salam Puchong Perdana 
Perbincangan bersama Ketua Bahagian Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah bersama Setiausaha UMNO Bahagian Subang dan Ketua Cawangan Jalan Perdana Yacob Hassan Mydeen. 

Didalam tempoh satu minggu sebelum tarikh pelepasan,  Keseluruhan Sayap Sayap UMNO Bahagian Subang  telah  bergabung memulakan kempen mencari sumbangan bagi membantu keluarga keluarga mangsa Banjir Kelantan 2019 terutamanya  dikawasan yang teruk dilanda bencana seperti Kuala Kerai,  Cucuh Puteri dan Tanah Merah.
Poster kempen media sosial Pemuda UMNO Bahagian Subang 
Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah 

Program kebajikan yang disokong kuat oleh Ketua Umno Bahagian Subang Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Dato Armand  turut bersama sama  bertungkus lumus bersama ahli keluarga UMNO Subang  memulakan kempen Di media sosial dan kenalan politiknya bagi mencari sumbangan untuk menjayakan program kebajikan berskala besar dalam keaadaan hari ini dimana UMNO bukan lagi Kerajaan. Sikap rakyat perlu didahulukan memang Sudah sebati didalam jiwa orang UMNO. 

Ketua Cawangan Dahlia Anggerik Hj Zulkafli menerima sumbangan dari Pemuda UMNO Bahagian   

Sumbangan dari Wanita Dan Puteri UMNO 
Sebuah kenderaan Hilux Wakil Pemuda Subang akan turut menyertai konvoi misi  tersebut. Diantara sumbangan yang berjaya dikumpulkan adalah seperti Pakaian,  Makanan asas, Minuman bersih dan Wang ringgit. 

Sumbangan yang dikumpulkan Di Masjid As Salam

Khemah pengumpulan sumbangan di Masjid As Salam Puchong Perdana 
AJK UMNO Bahagian Subang dan Pemuda 

Flag off Misi Bantuan Sumbangan Pasca Banjir Kelantan 2019 disempurnakan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Subang Ir.  Hj Yusof Sani mewakili Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita Datin Paduka Seripah Noli dan Ketua Pemuda Alfie Zainal ,  manakala  HTCM diwakili PSU Saiful Mohd bersama AJK Kerja HTCM. AJK UMNO Bahagian , AJKPemuda Bahagian Subang turut  hadir menyaksikan konvoi berlepas dari Masjid As Salam. 

Ketua Pemuda Alfie Zainal menampalkan pelekat rasmi kenderaan misi sumbangan Banjir Kelantan Disaksikan PSU Pemuda  

Ketua Wanita Datin Paduka Seripah Noli, Setiausaha UMNO Bahagian Subang ir. Hj Yusof Sani  

Pemuda UMNO mengambil Tanggungjawab menyampaikan sumbangan yang berjaya dikumpulkan dengan usaha semua dari UMNO Bahagian Subang dengan turut bersama menyertai konvoi bagi mengiringi sumbangan kepada mangsa Banjir. Sebanyak 12 biji FWD Hilux telah dilepaskan dari Perkarangan Masjid As Assalam, Puchong Perdana tepat jam 12 tengah malam tadi dan dijadualkan tiba di Gua Musang Kelantan awal pagi nanti.
Itinerary BANTUAN PASCA BANJIR HTCM 2019.

20/12/19 (Jumaat)
8.00PM - Mula berkumpul di masjid As-Salam.
8.45PM - Loading barang Taklimat / Doa
11.00PM - Flag off 

21/12/19 (Sabtu)
6.00AM - Tiba di Masjid Bandar Gua Musang (rehat & Solat Subuh) 
7.30AM - Gua Musang >

Perhentian (1) Laloh*
8.30AM - Laloh , Agihan barang di pusat 
9.00AM - Laloh > 

Perhentian (2) Cucuh Putri*

9.30AM - Cucuh Puteri Agihan barang di pusat 
10.30AM - Cucuh Putri >

 Perhentian (3 ) Kg. Sg. Sok

11.00AM - Kg. Sg Sok - Agihan barang di pusat  11.30AM - Sg sok > 

Perhentian (4 ) Sg pas*
12.30AM - Sg Pas Agihan barang .

1.30PM - Makan Tghri di Kg Pasir Kelang dan ke penginapan yang disediakan.

22/12/19 (Ahad)
8.00AM - Sarapan Pagi  disediakan.
10.00AM - Konvoi road to KL

Team Media Pemuda ke Kelantan Harry Mazlan, Tri Rahazdi, Mohd Rizal dan Amir Anuar.

#sinisubang #pemudasubang #banjir2019 #pray4kelantan
. #banjirkelantan2019

No comments