Sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2019, Kenali Pemimpin Subang 2018-2021


UMNO Bahagian  Subang selesai menunaikan tanggungjawab  sebagai perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung UMNO 4 hingga 7 Disember Di PWTC, Kuala Lumpur tahun 2019.

Kenapa perhimpunan ini amat bersejarah bagi Bahagian Subang? Kerana inilah Kali kedua Bahagian Subang  bersama sama  dengan seluruh Bahagian satu Negara berkumpul mengenal dan menguatkan ukhuwah diantara Bahagian Bahagian didalam Pertubuhan UMNO.

Bahagian Subang yang dahulunya dikenali  dengan Bahagian Kelana Jaya kini sejak PRU14 dan proses persempadanan pengundi oleh SPR Cawangan cawangan UMNO dari  kelana Jaya, Subang jaya, sunway,  USJ bergabung bersama Kinrara,Puchong  dan Lahirlah Nama baru iaitu Bahagian Subang.

Walaupun Subang dikenali di Petaling Jaya sebagai kawasan elitis,  urban moden. Dimana pengundi bukan melayu lebih ramai.  UMNO Bahagian Subang masih memegang kuat adab dan sistem Bangsa Melayu dan Sentiasa bergerak demi kemakmuran semua bangsa.

 UMNO Bahagian Subang yang dipimpin oleh Ketua Bahagian Muda Dato Armand Azha Hj Abu hanifah juga ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia telah mengubah sistem yang dahulunya diamalkan oleh Ketua ketua Bahagian. Perkara pertama yang dilakukan ialah mendekatkan diri dengan akar umbi. Beliau telah melawat semua cawangan dan bertemu dengan pimpinan serta ahli cawangan dibawah Bahagian Subang Dalam Siri jelajah cawangannya sebagai perkara pertama yang dilakukan sebagai Ketua Bahagian.Beliau juga seorang yang mudah didekati. Facebook Dan Instagram nya dikendalikan sendiri dan sekirannya sesiapa didalam Bahagian Subang ingin meminta pandangan atau bertemu dengannya tidak perlu menunggu lama untuk mengadakan pertemuan.

Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin adalah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia (BN-UMNO) pada 2004, bekas anggota Exco Negeri Selangor, Anggota Majlis Tertinggi UMNO bekas Ketua Wanita UMNO Selangor. Kini, Mengetuai Sayap Wanita  UMNO Subang.  Beliau sentiasa memastikan tulang belakang UMNO Bahagian Subang Sentiasa effisien dan dekat dengan wanita wanita dibawah UMNO Bahagian Subang. Program wanita Sentiasa berjalan dan tidak pernah lagi Pergerakan Wanita Bahagian Subang tidak membantu ketika PRK PRK yang lalu. Sistem JR pengundi Wanita UMNO Bahagian Subang yang diketuai Datin Paduka Seripah Nolli amat efektif Dan telah menakutkan Kerajaan PH sehingga PRK Tanjung Piai yang lalu timbul isu  ingin berkempen perlulah mendapatkan permit dahulu.


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang yang diketuai oleh Mohd Alfie bin Mohd Zainal Abidin memulakan Revolusi sosial media Dan dunia politikal digital dengan kaedah keadah  baru yang tidak pernah dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO sebelum ini. Beliau tidak mahu AJK Pemuda UMNO Bahagian Subang menjadi Golongan elitis yang sukar didekati Pemuda dan hanya bergaul dikalangan AJK sahaja. Beliau juga tidak akan berganjak dengan mudah didalam pendirian politiknya dan sentiasa bertanyakan pendapat AJK sekiranya ingin memulakan sesuatu yang radikal. Beliau telah dilantik sebagai AJK Pergerakan Pemuda UMNO Selangor dan diamanahkan sebagai Pengerusi Sekretariat Media dan Digital Pemuda UMNO Selangor.

Bagi pergerakan Puteri UMNO Bahagian Subang pula yang dipimpin oleh Hanisha izaireen Halil juga Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Selangor. Seorang yang aktif diMedia Sosial dan amat peka kepada perubahan kehendak Puteri UMNO Hari Ini.  Beliau telah menerima Anugerah Juara Cyber oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Di PAU 2019.

UMNO Bahagian Subang perlu Sentiasa mendekati akar umbi agar tidak lalai dan lupa pengajaran oleh rakyat Malaysia yang telah menghukum UMNO di PRU 14 yang lalu

UMNO Bahagian Subang akan Sentiasa menjadi pembela rakyat. Menjadi pembongkar kepincangan kerajaan. Menjauhkan perpecahan dalaman dengan tidak melayani permainan politik  didalam parti. Sentiasa menawarkan dan membuktikan kepada rakyat Muafakat Nasional adalah kerajaan yang lebih baik dari Kerajaan PH. Bukan semua bersedia menjadi lilin , tetapi ada insan terpilih yang membakar diri demi masa hadapan kerana UMNO adalah sebuah Perjuangan.

Semoga Allah memberkati , merestui perjuangan kami untuk agama, bangsa & negara

Hidup UMNO!
Hidup Rakyat!
Hidup Subang!

HM.

No comments