TEAM SUBANG HTCM PRIHATIN BERGERAK SERAH SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR KELANTAN.


UmnoSubang.com #kakiterjah  originalartikel. Artikel Hujung Minggu Untuk Mamu.

SUBANG, 22 DIS : Badan bukan kerajaan (NGO), Hilux Tuners Club Malaysia yang diasaskan Peminat aktiviti Sukan bermotor 4WD seluruh negara dan UMNO Bahagian Subang telah bekerjasama bagi membantu mangsa gelombang pertama bencana banjir Kelantan yang melanda negeri Itu lewat November. Malangnya, Pada 17 Disember 2019, gelombang kedua melanda Kelantan sehingga terdapat insiden yang telah meragut nyawa seorang warga emas dan telah menempatkan ramai keluarga ke Pusat Pemindahan Sementara oleh JKM. 

Ketua UMNO Bahagian Subang,  Dato Armand Azha  berkata, "Kami merancang untuk membantu mangsa Pasca Banjir gelombang pertama dan telah merancang bertolak pada 20 Disember. Tiba tiba 17 Disember gelombang kedua Melanda di Kelantan dan Johor juga dilanda Banjir. teruk"  
Bantuan yang dikumpulkan itu adalah hasil sumbangan barangan dan dana dari keluarga UMNO Subang sendiri, individu dan orang perseorangan untuk diagihkan kepada mangsa yang ditimpa musibah itu. Menurutnya lagi satu kenderaan khas dari Pasukan Pemuda Subang diketuai Dzulhawari Mazlan Pengerusi Sekretariat Media dan Digital bersama Ijoy Reyzal Dan unit Media Pemuda turut menyertai konvoi 12 buah kenderan 4wd tersebut sebagai Wakil rasmi keluarga UMNO Subang.
Sebanyak 38 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di kawasanJeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Kerai.  Membantu 3,212 mangsa Banjir yang  melibatkan 1,012 keluarga  ketika gelombang kedua melanda Kelantan " Kami mengambil inisiatif menyerahkan sumbangan sumbangan berbentuk barangan keperluan, makanan dan minuman yang dikumpulkan ini diserahkan terus kepada mangsa yang ditimpa bencana,” katanya kepada  Subang.com ketika temubual di Media sosial  kerana masih bercuti bersama keluarga.
Tambahnya,  semalam, Team HTCM Pemuda Subang  juga telah berjaya mengedarkan lebih 200 pakej bantuan kepada mangsa di sekitar Cucuh Puteri, Kg. Sg. Sok, Kg. Sg. Pas, Dan di Kawasan Rantau Panjang. 

Destinasi terakhir Kumpulan HTCM dan Pemuda UMNO Bahagian Subang adalah penyerahan sumbangan kepada Tuan Hj. Aziz Imam Masjid Mahmudiah antara Masjid yang berusia 100 tahun bagi membantu 50 ibu tunggal dan kariahnya di Tanah Merah. 


Jelasnya, semalam,Misi tersebut turut singgah menyerahkan 50 Naskah Al Quran baru Di Masjid Beijing Rantau Panjang. 

Sebanyak 200 bungkusan pakej mengandungi air minuman bersih, beras, biskut, Mee Segera, Kopi, teh, Milo,  susu, Gula, beras,  pelbagai makanan termasuk Pakaian, tuala Wanita, pampers lain-lain barangan keperluan buat mangsa.


“Selain bantuan kemanusian UMNO Subang sejak awal memupuk dan akan sentiasa terlibat didalam misi yang mendahulukan kebajikan rakyat sebagai antara program utama baik pulih dan memperkasakan semula parti politik keramat Bangsa Melayu. "Kalau bukan kita Ubah Nasib bangsa kita, siapa yang lagi yang nak ubah. Kalau bukan kita yang bantu bangsa kita,  Siapa lagi yang nak bantu" katanya lagi.

December 22, 2019
Author HM

Selamat Datang ke www.umnosubang.com

Anda kini boleh melayari dan mendapatkan pelbagai informasi yang tepat dan rasmi dari UMNO Bahagian Subang 
Jangan lupa like,follow dan subscribe sosial media kami.

www.fwww.facebook.com/pemudaumnosubang/ Media & Berita Alternatif Pemuda UMNO Subang Alternatif.  Informatif. Kreatif. 
HUBUNGI KAMI DI
MEDIA SOSIAL
twitter
facebook
instagram
youtube
email pemudasubang412@gmail.com 
© 2019 Sekretariat Media & Digital Pemuda UMNO Bahagian Subang All rights reserved.
#sinisubang #subangprihatin #kakiterjah #pemudaumnosubang 

No comments