SEKOLAH VERNAKULAR PUNCA PERPECAHAN NEGARA BERBILANG BANGSA

"(Jika) mereka mahu melakukan sesuatu yang sangat Cina, respons orang Melayu akan sangat Melayu, (termasuk) meminta sekolah-sekolah Cina ditutup. Kita (berada di negara) berbilang kaum, adalah penting bagi kita untuk mengambil berat tentang perasaan orang lain,"

-Perdana Menteri ke 7 Malaysia
Tun Mahathir Mohammad-


Di Kedah sahaja Empat buah persatuan Tionghua dan Tamil  membantah memperkenalkan tulisan jawi dan seni khat kepada murid sekolah bermula tahun ini. Persatuan itu tidak bersetuju dengan langkah kerajaan untuk memperkenalkan tulisan jawi dan seni khat kepada murid di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) selain menganggap ia sebagai tidak munasabah.



Pada 28 Disember 2019 misi besar besaran untuk membantah pengenalan kepada tulisan jawi di sekolah vernakular. Dong Zhong telah berusaha menjemput semua pertubuhan Cina didalam Malaysia menghadirinya.Dong Jiao Zong juga telah meminta lembaga pengelola dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran tulisan jawi kepada Kementerian Pendidikan sebagai tanda bantahan. 

Malah turut menggunakan PIBG ibu bapa pelajar diseluruh sekolah sekolah yang mempunyai Jumlah pelajar cina yang ramai untuk menuruti bantahan yang dirasakan akan menghapuskan Bahasa Ibunda bangsa mereka. Apa misi sebenarnya?

Berbagai NGO telah memfailkan laporan polis terhadap gabungan persatuan guru dan pengurus sekolah Cina Malaysia, Dong Jiao Zong. Menggesa polis supaya menghalang kongres yang bakal dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina itu.
Mereka berpendapat ianya mempunyai elemen hasutan, tidak menghormati kontrak sosial, anti-Melayu dan anti-Islam.

Awal Tahun ini Menteri Pendidikan telah pun dipecat. Tun Mahathir Kini memegang jawatan tersebut .Syabas. Untuk menjadi Perdana Menteri, seorang Menteri perlulah memegang jawatan Menteri Pendidikan dahulu. Hari Ini hanya Timbalan Menteri ABC  berkhidmat bertungkus lumus sehingga membenarkan penyebaran komik cubaan untuk mengubah fakta sejarah Negara  ke sekolah sekolah tanpa restu Menteri Pendidikan. Tiada tindakan?

Tahukah kita semua , Hari ini dibawah Kerajaan PH Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa mutlak seperti Kerajaan yang lalu. Keputusan dikawal oleh Majlis Presiden PH. Tahniah. Tuan penasihat.

Pengasas Don Zhong Lim Lian Geck

Secara keseluruhan, Majlis Presiden PH terdiri daripada 22 anggota dari keempat-empat parti termasuk Anwar ibrahim dan Lim Kit Siang. Untuk pengetahuan semua 10 anggota  Majlis Presiden bukanlah dari bangsa Melayu. Anwar pula tidak kisah sekiranya Timbalan Perdana Menterinya jika dilantik bukan dari bangsa Melayu. Merekalah sebenarnya yang memerintah Negara dari belakang dan lebih berkuasa dari Perdana Menteri. Malah mempunyai kuasa  menukar Perdana Menteri jika mendapat persetujuan 22 anggota.


Hari ini Pelbagai projek telah selamat diberi, Langkawi telah rasmi dibeli  dan akan menjadi Negeri bebas dengan kebenaran belian dari Kedah. Anwar masih belum lagi menjadi Perdana Menteri dan terus mendesak Tun menunaikan janji. Tempohari Keputusan siapa menjadi Perdana Menteri telahpun diserahkan untuk diputus kepada Majlis Presiden Pakatan oleh Tun sendiri.

Kekalahan PRU 14 Adalah rahmat. Bagi mereka bangsa  pendatang ini lah masanya mengubah perlembagaan dan undang yang banyak dikekang. Didunia moden hari ini mereka sebenarnya sudah mampu menerima hakikat bahawasanya mereka bukanlah penduduk asal tapi generasi kedua pendatang pekerja yang telah bersama membangunkan pertiwi, menikmati pendidikan, pelbagai kemudahan, kebebasan diberikan taraf warganegara. Sehingga mampu Hidup berpendapatan tinggi, memonopoli perniagaan. Mendapat kebenaran membina Rumah rumah Keagamaan, Mewujudkan pelbagai Persatuan  malah dibenarkan berpolitik Demi menjaga keharmonian Malaysia sebuah Negara  berbilang bangsa.


Pada PRU 14 yang lalu  dengan menipu manifesto dan menggunakan Tun Mahathir Pakatan Harapan telah pun berjaya menjadi Kerajaan dengan proses yang aman. Tidak seperti yang mereka gembar gemburkan.

Kini setelah Menjadi Menteri didalam Kerajaan, Perkara pertama yang menjadi isu sehingga Pemuda Selangor bersatu membuat laporan polis ke atas Menteri Pakatan yang rasis dan tidak pandai menjaga sensitiviti rakyat mengatakan merekalah penduduk asal dan orang Melayu itu  pula pendatang.

Jika Sebuah Persatuan Bahasa yang kaya raya  yang sepatutnya menumpu menjaga kebajikan bangsanya, mengembangkan kuasa kepada menggesa kerajaan supaya kononnya mendengar pandangan rakyat dan seterusnya dengan berani cuba membatalkan cadangan memperkenalkan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK. Ingat pesan Tun. Jangan cuba.

Jilka Bahasa Rasmi Malaysia Adalah Bahasa Melayu, kenapa masih ada Orang Cina dan India yang  tidak faham atau menguasai Bahasa Melayu, setelah 63 Tahun Negara Merdeka? Malah sehingga hari ini didalam Mahkamah Malaysia kita masih perlu menyediakan jurubahasa di tahun 2020?

Kita perlu berubah.  Peristiwa 13mei 1998 Indonesia terhadap bangsa Cina bukanlah solusinya didunia moden hari ini. Kesan trauma bangsa Cina setelah kejadian amat besar . Bangsa Cina Di  sehingga Indonesia tidak meletakkan nama Cina, fasih berbahasa Indonesia dan hanya dibenarkan bertutur bahasa cina dirumah atau bersama kawan dan keluarga sahaja.

Parti politik yang berjaya dengan bermain isu rasis, gemarkan NGO , Persatuan persatuan dan sekolah sekolah jenis kebangsaan. Sekolah vernakular Adalah pusat pengeluaran penyokong mereka masa depan. Kewujudan ini adalah punca utama minda seperti ini terus  dilahirkan sehingga kini.

Dibawah Pentadbiran Pakatan isu isu Agama, Bangsa seringkali menjadi isu hangat dan semakin ketara menjarakkan perpaduan . Penentangan rakyat terhadap Perkara perkara yang telah berlaku di bawah Pemerintahan Pakatan semakin hari telah membuka kesedaran dan mata orang orang Melayu semula dengan pelbagai penindasan dilakukan berkaitan keistimewaan dan hak hak bumiputera serta kepincangan pemimpin pemimpin mereka.

Adakah implementasi hukuman penarikan kerakyatan kepada warga pendatang yang sudah senang Lenang dan berkuasa di kota Kota didalam Negara kita mampu dilaksanakan lagi di bawah pemerintahan Majlis Presiden PH?

Apa tindakan rakyat seterusnya? Bubar Parlimen? Pilihanraya? Rakyat menunggu.

kakiterjah Artikel Digital
15 Januari 2020
Penulis HM
Artikel Hujung Minggu untuk Mamu
kakiterjah original artikel 2020, Sekretariat Penerangan Pemuda, Sekretariat media dan digital Pemuda UMNO Bahagian Subang 2018/2021.Hakcipta terpelihara

No comments